Permudahkan, jangan susahkan. Kita mudahkan urusan orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita. Jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada, kita tak perlu risau dengan apa yang bukan milik kita. Teruskan dengan berbuat baik kerana hanya itu yang akan kekal dalam dunia yang sementara ini. Nama, pangkat, harta semua akan menjadi debu. Ingat, mudahkan dan permudahkan.
Beli SekarangCINA GILA. Itu barangkali tanggapan pertama orang ramai apabila mendengar kisah Uncle Kentang. Mana tak gila & tak masuk akal. Caj ambulans hanya 10 sen. Nak guna van jenazah, perlu bayar RM1 sahaja. Kaki palsu percuma, makanan percuma dan banyak lagi benda tak terjangkau dek akal yang dibuat di bawah nama Kentang Initiatives.
Uncle Kentang memang nekad untuk jadi "gila". Dia mahu menolong orang sehingga orang memanggil dia gila. Dia mewarisi kegilaan ini daripada ayahnya yang sangat suka menolong orang tanpa memikirkan diri sendiri.
Pada saat kematian ayahnya, mereka tidak mampu menyediakan keranda & tidak mampu menyewa ambulans untuk membawa mayat ayahnya.
Saat itulah dia berjanji kepada diri sendiri untuk menyediakan van jenazah dan ambulans untuk orang yang tidak mampu.
1) Ambulance 10 sen.
2) Van Jenazah RM1.
3) Cuci Luka Percuma.
4) Kaki Palsu Percuma.
5) Teksi 10 Sen.
6) Shuttle Percuma KLIA ke Hospital.
7) Rumah RM1.
8) Library 10 Sen.
9) Makanan Percuma.
10) Dapur Umum Percuma.
11) Tuition Percuma.
12) Pasar 10 Sen.
Dulu mana ada media sosial nak hebahkan bantuan supaya lebih ramai orang dapat dibantu. Orang pun tak kenal sebab dia bagi bantuan & tak pernah beritahu nama. Jadi, dia dipanggil sebagai "Abang Gemuk" sahaja.
Dia bukan mubaligh Kristian, bukan wakil kerajaan atau pembangkang. Dia bergerak atas dasar kemanusiaan.
Bagaimana pula Abang Gemuk ini boleh bertukar jadi Uncle Kentang? Kisahnya ada di dalam buku ini.
Pasti ramai yang tak tahu, Uncle Kentang adalah bekas inspektor polis & pernah berkhidmat selama 6 tahun. Selepas itu, dia membuka sebuah kedai bunga dan berniaga lebih 18 tahun.
Di sini tersimpan rahsia bagaimana beliau kenal rapat dengan ramai VIP yang banyak memberi sumbangan & sokongan.
Kisah hidup beliau sebagai Uncle Kentang juga bermula di kedai bunga ini. Sangat menarik untuk diketahui.
“Uncle Kentang, you hidup senanglah. Macam mana you buat?”
Saya hanya jawab,
"Saya jaga kawan-kawan saya dengan baik. Apabila saya jaga mereka, mereka akan jaga saya kembali. Sebab itu saya senang."
Turut didedahkan di dalam buku ini, bagaimana Uncle Kentang boleh hidup senang, dapat untung dan mampu menyumbang balik kepada masyarakat. Kebanyakannya datang dari kawan-kawan.
Siapakah kawan-kawan Uncle Kentang?
"Kamu tidak akan miskin dengan memberi, tidak akan melarat kerana menderma, dan tidak akan berkurang harta kerana bersedekah. Malah kita akan menjadi semakin mulia."
Tugasnya belum selesai. Banyak lagi yang harus dipikul dan diselesaikan sementara badan masih bernafas.
Kenapa buku ini ditulis?
Kenapa Uncle Kentang perlu berkongsi kisah hidupnya?
Jika ada satu buku sahaja yang perlu dibaca pada tahun ini, maka inilah bukunya. Kisah benar penuh inspirasi. Kegilaan seorang manusia untuk membantu orang ramai yang dalam kesusahan.
Ada banyak cara untuk menolong orang sekiranya kita pegang prinsip untuk mempermudahkan orang lain. Sekiranya jiran kita keretanya rosak dan dia tidak ada duit, kita permudahkan dia dengan apa yang kita ada. Sekiranya kita pandai tentang kereta, kita baiki keretanya. Sekiranya kita berkemampuan daripada segi wang, kita hantar keretanya ke bengkel dan bayar kosnya. Sekiranya kita tidak punya kemahiran dan wang, kita boleh pinjamkan kereta kita. Sekiranya tidak mampu juga, kita boleh hantarkan dia pergi kerja.
Beli Sekarang“Ini adalah buku yang dicetak secara fizikal, bukannya ebook. Dibahagikan kepada 52 bab & dengan ketebalan 200 muka surat, buku ini hanya berharga RM35 sahaja. ”
“Khidmat kurier ekspres digunakan untuk memastikan buku ini selamat sampai ke tangan para pembaca. Caj penghantaran adalah RM10 - RM20 ke seluruh Malaysia.”
“Sebahagian jualan akan didermakan untuk pembelian van jenazah dan pengurusan ambulans.”
“”
“”
“”
“”
“”
“”